About Alang Tengah Biru Kundang
Assalamualaikum, Alang Tengah Biru Kundang is a lawyer, freelance designer, dancer, performer, choreographer, teacher, thinker, entrepreneur (and the list goes on). This site is dedicated to reflects his many passions and interests as well as a medium to express his thoughts on anything surrounding him. Born and raised in Tapah Road, Perak, currently enjoying his status as a bachelor dwelling in Gombak (^_^)/ Enjoy!
Posted by
atbk2982 in Saturday, January 23rd 2010
Pada hari Ahad yang lalu aku berjaya “menghadir” majlis gemilang ini yang membariskan usahawan-usahawan ternama sebagai panel jemputan; Dr. Irfan Khairi, Datuk Dr. Azman Ching, Abang Abu, Billy Lim dan Chef Li. Selama ini sekadar mendengar dan melihat-lihat berita/iklan mengenai mereka tetapi untuk hari tersebut seolah-olah ingin sahaja aku minta penganjur menambah satu hari lagi [...]

Posted by
atbk2982 in Sunday, January 10th 2010
Kita selalu mengharapkan segalanya berlaku mengikut kehendak kita
Angan-angan, cita-cita, perancangan semua sedia sempurna, tengok-tengok lain yang jadi.
Dan kebayakkan masa juga kita menyandarkan “kegagalan” kita pada elemen-elemen luar, ada sahaja pihak lain yang boleh kita salahkan!
Memang pun, dalam kebanyakan hal, orang lain yang selalu menjadi penghalang kita. Kan?
Kita perlu undang-undang Islam, ada sahaja orang membalas kita [...]

Posted by
atbk2982 in Friday, January 8th 2010
Nak update….
ermm..
ermmm…
esoklah!

Posted by
atbk2982 in Monday, December 28th 2009
Pagi itu banyak benda harus diselesaikan.
Mujur sahaja senarai “to-do list” telah disiapkan lebih awal malam sebelumnya.
- Brooch
- Tape kecik
- reben
- dan macam-macam lagi.
- 10 pagi
aku bergegas merempit ke Mydin Selayang,
demi mencari 3 lagi ‘brooch’ untuk digayakan bersama songkok zapin
budak-budak aku. Baki 11 ‘brooch’ sudah sedia di tangan Cikgu Azma,
iaitu ‘brooch’ yang sama mereka pernah gunakan [...]

Posted by
atbk2982 in Monday, November 23rd 2009
Jam menunjukkan satu pagi.
Baru sahaja menyidai pakaian untuk esok di bawah kipas berkelajuan 5.
Ya, aku akan mengulanginya kembali.
Setelah 4 bulan aku meninggalkan rutin itu!
Aku akan ke pejabat kembali! Kembali bekerja, kembali bergaji, kembali menyusun hidup lebih teratur.
Malangnya rasa tak seronok melampaui rasa teruja.
Baru sangat projek kanak-kanak zapin aku berlangsung dengan jayanya, tiba-tiba aku harus ‘kona [...]

Posted by
atbk2982 in Monday, November 23rd 2009
[Sehari sebelum malam anugerah]
Ahhh.. banyaknya tak sempat aku sempurnakan!
Pagi itu aku berjaya dapatkan juga peluang menggunakan bilik tayangan media sekolah.
Hanya inilah satu-satunya cara yang tinggal bagi aku untuk membetulkan
atau sekurang-kurangnya mengingatkan mereka tentang kesalahan-kesalahan dalam persembahan supaya mereka tak ulangi.
Masing-masing aku suruh bawa pen sendiri, seorang satu kertas Double A aku bekalkan.
“Lipat dua memanjang, belah [...]

Posted by
atbk2982 in Sunday, November 22nd 2009
Isnin yang dinanti kini tiba.
Banyak persoalan bermain di fikiran.
“Terukkah budak-budak tu kene marah?”
“Entah-entah ada yang merajuk terus tak nak masuk dah!”
Seperti biasa jika kelas hari sebelumnya aku menamatkan kelas dengan ‘hangin’,
pagi itu dua tiga orang murid menyambut dengan salam beserta ciuman ditangan.
“Cikgu marah ke cikgu?” antara soalan mereka, tersengih-sengih.
Aku senyum, bersedia memulakan hari dengan 0-0. [...]

Posted by
atbk2982 in Tuesday, November 17th 2009
Ia merupakan hari yang paling menggusarkan!
Sejak malam sebelumnya aku jadi tak keruan kerana aku gagal meyakinkan salah seorang ahli lembaga pengarah untuk meluluskan pakej rangsangan bagi membina batu loncatan merealisasikan impianku. Beliau mahu aku merujuk kepada ahli bersama pada keesokan paginya, lantaran ahli bersama masih di surau menunaikan solat isya’ berjamaah ketika perbualan telefon dibuat.
Agak [...]

Posted by
atbk2982 in Wednesday, November 4th 2009
Sekadar mahu kongsikan maklumbalas yang aku tinggalkan di laman rasmi peneraju restoran makanan segera organik dan halal milik bumiputera Islam, Radix Fried Chicken. Ntah macam mana aku ter’klik’ link ke laman rasmi restoran ini di status seorang teman Facebook yang juga orang kuat HPA
Maklumbalas itu berbunyi begini;-
Assalamualaikum! Saya penyokong RFC dari jauh.
Saya [...]

Posted by
atbk2982 in Wednesday, November 4th 2009
Masalah atau cabaran paling besar bagi aku mengendalikan anak murid aku ini ialah mengekalkan perhatian mereka terhadap apa yang aku sedang perkatakan.
Dalam banyak keadaan terutamanya ketika hendak memulakan kelas, kalau disuruh sekali, mereka belum lagi dapat bertindak (contoh: “Dah, dah. Jom training.”);
disuruh sekali lagi dengan memanggil nama mereka-mereka yang masih buat perkara lain,
masih lagi ada [...]
