Sekadar mahu kongsikan maklumbalas yang aku tinggalkan di laman rasmi peneraju restoran makanan segera organik dan halal milik bumiputera Islam, Radix Fried Chicken. Ntah macam mana aku ter’klik’ link ke laman rasmi restoran ini di status seorang teman Facebook yang juga orang kuat HPA :)

Maklumbalas itu berbunyi begini;-

Assalamualaikum! Saya penyokong RFC dari jauh.
Saya berpendapat RFC perlu lebih kehadapan dari segi menu, bukan sekadar alternatif kepada KFC semata-mata. Saya pernah ke RFC Sungai Petani, dan saya tak jumpa beza rasa ayam RFC dan KFC, terlalu sukar membezakan.

Dan rekabentuk dalaman restoran RFC pun lebih kurang KFC. Saya harap saya tak keterlaluan dengan menyatakan ini tapi saya rasa pengurusan RFC belum berusaha sehabis baik ‘melawan’ KFC!

Saya juga agak kecewa kerana terdapat banyak kesalahan ejaan, tanda baca dan tatabahasa dalam laman rasmi ini. Ia sesuatu yang boleh menjatuhkan imej korporat RFC! Cara penyampaian

maklumat di laman ini macam blog pula, laras bahasanya terlalu santai untuk menyatakan sesuatu seserius syariah Islam yang menjadi hala tuju utama RFC!

Walau bagaimanapun saya tetap berbangga dengan RFC. Saya berpuas hati dengan kualiti perkhidmatannya. Saya takkan lupakan ucapan salam yang disampaikan oleh cashier sebelum mengambil order ketika pertama kali saya ke RFC utk bersahur pada Ramadhan lalu! Ia pengalaman yang amat berharga bagi saya!

Go RFC! RFC boleh!

- atbk, Gombak

7Radix Fried Chicken, cawangan Sungai Petani
6Hidangan sahur ku tempoh hari, nyam3!