Ia merupakan hari yang paling menggusarkan!
Sejak malam sebelumnya aku jadi tak keruan kerana aku gagal meyakinkan salah seorang ahli lembaga pengarah untuk meluluskan pakej rangsangan bagi membina batu loncatan merealisasikan impianku. Beliau mahu aku merujuk kepada ahli bersama pada keesokan paginya, lantaran ahli bersama masih di surau menunaikan solat isya’ berjamaah ketika perbualan telefon dibuat.

Agak kecewa, aku merasakan harapan aku sangat tipis kerana aku tahu biasanya ahli lembaga pengarah yang inilah yang menguruskan perbendaharaan, selalu-selalu pun kalau hitam katanya, hitamlah jua pendapat ahli yang seorang lagi, begitulah juga sebaliknya andai putih ialah kata putusnya.

Pagi itu debaran semakin kuat, menekan nombor lembaga pengarah yang seorang lagi pun 2-3 kali juga butang “c” ditekan, menyusun-nyusun kembali skrip, menguatkan kembali hujah. Dipendekkan cerita, PROPOSAL WAS REJECTED, BUDGET WAS NEVER APPROVED.

Kecewa? Memanglah, seharian jugalah mengimbau insiden-insiden “reject” lembaga pengarah sepanjang hayatku ini. Tapi dah lama, aku pun faham. Lagipun dalam kebanyakan kes, aku jarang dapat yakinkan lembaga pengarah atau sekurang-kurangnya menerima sepenuh sokongan moral daripada mereka, hasilnya hanya dapat aku tunjukkan di peringkat akhir sahaja. Memang laluan aku selama ini begitu, kualiti yang ingin ditonjolkan terlalu lama untuk menunjukkan hasil, contoh paling utama ialah UPSR, PMR dan SPM lah… Mungkin inilah jadual aku, lambat tetapi berkualiti! (the rule however is not applicable to LLB’s pointer ;p  )

Eh, sudahlah tu cerita diri sendiri dengan tajuk ‘Oh anak muridku 3′ , kembali ke sekolah!

Kelas pada hari itu bermula  selepas makan tengahari. Dalam kebanyakan hari, sememangnya latihan-latihan pada waktu begini tahap fokus mereka menurun pada tahap paling mendadak. Dan aku mula belajar bahawa mereka tidak akan memberikan yang terbaik jika disuruh membuat persembahan penuh, maka alternatifnya, aku akan tajamkan ’skill’ individu dengan ‘detailing’ ragam2 yang diajar menggunakan lagu-lagu zapin yang lain, berulang-ulang sehinggalah mereka benar-benar dapat.

Itulah yang aku cuba buat pada hari itu. Mengemaskan mana yang agak bersepah. Dengan insiden ‘reject’ yang masih terpahat di minda, dengan sms memohon bantuan rakan-rakan kongsi yang masih belum diberi maklum balas, semuanya bercampur-campur! Perkara paling akhir yang aku harapkan daripada mereka ialah  TIDAK SERIUS! Entah macam mana hari itu, baik yang pandai menari atau yang tidak, semunya main-main. Mood memang tak rasa nak menjerit langsung. Dua orang sudah aku ‘rehat’kan dihadapan kelas, masih tidak mendapat kerjasama daripada yang lain.

Hari itu hari Khamis, esoknya Jumaat, latihan selepas solat selama 50 minit yang tidaklah berbaloi langsung. Terus aku bertanya mereka,
“Hari Isnin ada program apa-apa tak?”
“Takde cikgu, latihan macam biasa sepanjang hari,” jawab mereka, tersengih-sengih.
“Ok, kalau hari Isnin dah sedia nak berlatih, sila minta Cikgu ‘a’ (cikgu mereka yang paling garang di sekolah) hubungi saya dan beritahu saya boleh datang kembali melatih kamu, ok. Cikgu takkan datang kalau cikgu ‘a’ tak call,” aku menyusun ayat itu dengan tenang sambil menahan diri dari menjerit… memang disabar-sabarkan diri ini, sambil aku mengemas radio dan barang-barang aku keluar dari bilik latihan.

Kedengaran juga keluhan dan salah-menyalah daripada mereka, muka memang tak usah cakap la, semua pun dah pucat!

Sebelum turun, aku singgah di bilik latihan koir dan teater dan bercakap perkara yang sama dengan guru bimbingan mereka, “Saya faham cikgu, takpe, tahulah macam mana kami nak ‘ajar’. Tapi cikgu datanglah ye hari Isnin, ” pinta cikgu itu. Aku senyum sahaja dan terus pulang.

Aku agak malu juga nak mengakuinya, sebab cikgu-cikgu aku pun pernah berbuat begini kepada kami, dan aku merasakannya sebagai ’sungguh tidak cool untuk seorang guru ‘merajuk’ dan anak murid pula harus memujuk beramai-ramai di bilik guru, tetapi…..
AKU AKHIRNYA MERAJUK DENGAN ANAK MURID AKU SENDIRI!
waaaaaa……!!!!

Petang itu, malam itu dan esoknya, bertalu-talu sms aku terima daripada cikgu-cikgu berkenaan, termasuklah cikgu ‘a’ yang paling garang meyakinkan aku segala-galanya akan ok selepas ini dan meminta aku datang seperti biasa. Aku hanya senyum dan mengharapkan yang serupa.

…sambung