Isnin yang dinanti kini tiba.
Banyak persoalan bermain di fikiran.
“Terukkah budak-budak tu kene marah?”
“Entah-entah ada yang merajuk terus tak nak masuk dah!”
Seperti biasa jika kelas hari sebelumnya aku menamatkan kelas dengan ‘hangin’,
pagi itu dua tiga orang murid menyambut dengan salam beserta ciuman ditangan.
“Cikgu marah ke cikgu?” antara soalan mereka, tersengih-sengih.
Aku senyum, bersedia memulakan hari dengan 0-0. Malas nak fikir banyak-banyak,
yang penting aku harus pastikan mereka lakukan terbaik untuk persembahan mereka nanti.
Puan paling garang masuk tiba-tiba.
“Cikgu, kalau diorang buat masalah lagi, cikgu beritahu saya!
Saya ada di hall sebelah,” katanya sebelum berpaling pula kepada budak-budakku
sambil memegang rotan di tangan,
” You will train non-stop today! No toilet!!! No drink!!!”
Kecut muka budak-budak tu. Takde senyum sikit pun walaupun kelas hampir
setengah jam berlalu. Aku memang tak selesa. hahaha
Menari tapi muka penyek, ketat, macam nak runtuh!
Kasihan pun ada.
Tapi sikap tak makan saman mereka melegakan aku.
“Cikguuuu, nak minum, cikguu!” rayu mereka.
Takkanlah aku tak bagi. Ye lah, menari zapin bukannya macam poco-poco, berjam-jam pun tak penat.
“Tapi kalau puan paling garang tanya, pandai-pandailah jawab ye..” aku mencipta exclusion clause untuk diri sendiri. hehehe
Dipendekkan cerita, budak-budak tu tidaklah menjadi lebih baik dari sebelumnya, masih lagi keanak-anakan, bermain sehabis tenaga andai tercipta sahaja peluang.
Aku memang suka je tengaok mereka bergelak ketawa bermain sesama sendiri ‘like a bunch of idiots’, cuma sekali-sekala aku bertempik, ‘janganlah itu, janganlah ini… nanti itu, nanti ini..’
Pernah satu ketika anak murid aku yang paling nakal berwajah kecinaan tercungap-cungap
ketika aku memulakan kembali latihan selepas rehat sebentar.
Latihan ketika itu sememangnya selepas waktu makan tengahari.
Sedang aku membuat perincian untuk satu ragam tu, budak ni terkial-kial,
walaupun rakan yang lain dapat melakukan dengan sempurna selepas disuruh ulang beberapa kali. Aku ingat budak ni memang main-main, “Kenapa amir? Nak rehat ke ape?”
“Rasa nak muntahlah cikgu!” jawapan yang memang aku tak sangkakan langsung.
“Dah lah, berehat lah depan ni,” aku marah, tiada pilihan… karang muntah betul-betul jenuh pulak nak dicuci karpet bilik latihan tu!
Tup-tup, bila aku rehatkan semua dan benarkan mereka ke tandas… memang budak tu muntah dalam tandas! Ya Allah kesiannya…
“Ha tu la… lain kali bila suruh berehat, berehat! Jangan ber’wrestling’ la berguling la.. awak tu dah la baru lepas makan bla bla bla..” buat seketika aku rasa aku dah macam bapak orang berleter tak sudah-sudah… hahahaha
Tapi alhamdulillah, sejak dari peristiwa itu, nampaklah persembahan mereka meningkat lebih baik dari sehari ke sehari.
Kadang-kadang, terlepas jugalah dari mulut aku soalan cepu emas melihat sahaja telatah mereka,
“Bila saje lah ko tak main zarif oi… asal ade peluang je ko mesti nak main ye…?”
“Ala cikgu, saye kat umah sorang je laki, kalau kat rumah saya main game sorang2,
duduk dalam bilik, kalau rasa nak tengok tv, saya keluarlah ke ruang tamu, kalu cerita tak best,
saya duduklah balik dalam bilik.. bosan lah cikgu!”
“Saya dah try ajar adik pempuan saya main game, tak pandai-pandai pun…
kakak saya berlagak je lebih, saya masuk bilik die selalu die halau,
kalau die masuk bilik saya boleh pulak…”
Lepas tu semua pun nak cerita pasal hal-hal di rumah masing-masing,
“Cikgu, cikgu, saya pun sama cikgu bla bla bla…”
Lepas tu menyampuk seorang lagi, sebelum seorang lagi mencelah…
Aku mendengar dengan setia, sesekali tersenyum sesekali tergelak…
kadang-kadang gelak sebab memang lawak, tetapi selalunya aku gelak sebab aku kasihan.
Kanak-kanak sekarang nampak macam keperluan material mereka serba-serbi cukup berbanding kanak-kanak zaman kita, namun realitinya, mereka tidak puas menyerlahkan apa yang harus kanak-kanak tonjolkan.
Rumah masing-masing pun jauh.
Mereka tak puas bermain dengan kawan-kawan!
Bermula Rabu minggu yang sama, raptai penuh malam majlis anugerah dibuat setiap hari
sehinggalah pada hari sebenar minggu hadapannya!
Alhamdulillah, maklumbalas yang diterima daripada guru-guru sepanjang raptai berlangsung amat menggalakkan! Ramai mengucapkan tahniah.
Guru-guru tahun enam mula membanding-bandingkan persembahan lain pelajar tahun enam iaitu kumpulan koir dan kumpulan teater, “Zapin dah ok, koir dan teater masih teruk,” begitulah setiap kali budak-budak aku melaporkan kepadaku dengan wajah masing-masing tersenyum bangga.
Aku pun suka bila mereka suka hehehe
Ahad terakhir sebelum hari sebenar, aku bersama seorang guru tahun enam bergerak ke Pasar Besar Keramat untuk mangambil tempahan busana terpenting persembahan zapin yang sudah siap, iaitu 14 biji SONGKOK ZAPIN setinggi 5 inci! Yahuuu!! Nak dijadikan cerita pada hari yang sama juga, akhbar mengumumkan UPSR akan diumumkan pada hari Khamis, hari yang sama malam anugerah berlangsung!
Alamak!
*Tahniah kepada 2 orang anak murid aku yang memperoleh Mumtaz dalam PSRA yang diumumkan pada minggu tersebut. Dua-dua pun bernama Amin hehehe



2 Users Response In This Post
Apa yang kisahkan tentang perangai budak2 zaman sekarang ni mmg mencuit hati betul..teringat masa zaman aku kecik2 dulu. tapi budak zaman sekarang dengan dulu lain nakalnya. mungkisn sebab perubahan arus masa dan perkembangan teknologi yang makin maju kot. Atau kesabaran seorang cikgu pada zaman dahulu dah tak sama dengan kesabaran cikgu masa sekarang?
entahlah…
tapi aku rasa mak ayah kita dulu pun berpendapat macam kita sekarang,
kononnya nakal kita dulu tak sama dengan nakal budak2 zaman mak ayah kita!
kan?
Leave A Reply Here