Jam menunjukkan satu pagi.
Baru sahaja menyidai pakaian untuk esok di bawah kipas berkelajuan 5.
Ya, aku akan mengulanginya kembali.
Setelah 4 bulan aku meninggalkan rutin itu!
Aku akan ke pejabat kembali! Kembali bekerja, kembali bergaji, kembali menyusun hidup lebih teratur.
Malangnya rasa tak seronok melampaui rasa teruja.
Baru sangat projek kanak-kanak zapin aku berlangsung dengan jayanya, tiba-tiba aku harus ‘kona baring’ ke simpang yang sangat berbeza dengan rutin aku sepanjang 4 bulan yang lalu!

Aku tiada pilihan…
Redah sahaja, apa nak jadi, jadilah!
Setidak-tidaknya ini kali kelima dalam hidup aku memulakan kerja di tempat baru, pejabat baru.
Malah untuk yang ketiga dalam tahun ini sahaja!
InsyaAllah, segalanya ok!

Aja2!
\(-.-)/

p/s : aku sudah pun mula merindui 14 anak muridku… waaaaaaaa…… bila lagi nak jumpa korang???