Pagi itu banyak benda harus diselesaikan.
Mujur sahaja senarai “to-do list” telah disiapkan lebih awal malam sebelumnya.
- Brooch
- Tape kecik
- reben
- dan macam-macam lagi.
- 10 pagi
aku bergegas merempit ke Mydin Selayang,
demi mencari 3 lagi ‘brooch’ untuk digayakan bersama songkok zapin
budak-budak aku. Baki 11 ‘brooch’ sudah sedia di tangan Cikgu Azma,
iaitu ‘brooch’ yang sama mereka pernah gunakan untuk persembahan zapin sewaktu
MAKA (Majlis Anugerah Kecemerlangan) 2007.
Punyalah aku merangkak-rangkak di ruang ‘brooch’ Mydin itu demi
memadankan ‘brooch’ yang sedia ada dengan yang tersusun rapi di rak-rak ‘brooch’.
Cari punya cari, memang tak ada yang serupa.
“Memanglah takde dik, tu design lama, sekarang semua design baru..” kata
akak Mydin yang jaga bahagian ‘brooch’ itu.
Ku kira akak itu pasti pakar mengenai selok-belok ‘brooch’
sehinggakan boleh mengingati mana rekaan lama, mana pula rekaan terbaru!
Akhirnya, aku memutuskan untuk membeli yang paling mirip sahaja.
Jam sudah 11.45 pagi ketika aku meninggalkan Mydin Selayang.
Sekonyong-konyong telefon berdering, panggilan dari Cikgu Azma
ketika aku sedang berhenti untuk menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau.
‘Free-hand kit’ digunakan ketika menjawab telefon di atas motor,
iaitu menyelitkan sahaja telefon ke telinga kiri di celah helmet yang ketat.
Cikgu Azma bertanyakan ‘keberadaan’ aku, dan memberitahu bahawa
sekalian bala tentera guru-guru Setia Budi akan mula bergerak ke Hotel
Flamingo dari sekolah pada jam 12.30 tengahari.
Aku mengiyakan sahaja, sambil memikirkan agenda-agenda aku yang seterusnya
- 11.30 pagi
singgah di kompleks perniagaan di Greenwood;
mencari makanan untuk enjin perut;
mencari reben untuk gimik last minute persembahan; dan
mencari tape warna kuning untuk blocking stage, senang anak murid nampak
spacing sendiri masa persembahan di pentas nanti.
- 12.30 tengahari
bergegas ke sekolah
cikgu azma masih menunggu-nunggu sampin back-up
yang dipesan daripada cikgu setia budi menengah
sampin yang sama yang dipakai pelajar sekolah tu pada hari Jumaat
warna kuning tak kuning…(kuninglah kot hahaha)
Sampin milik kumpulan Nafastari macam terlalu besar untuk budak-budak tu,
gulung-gulung pun dah macam roti ban dah kat perut mereka hahaha
Tunggu punya tunggu, sampin dinanti tak sampai juga.
Sudahnya kami solat Zohor di sekolah sebelum bergegas ke Hotel Flamingo.
Salah seorang anak murid aku bersama adiknya turut sama menumpang kami
kerana ayah mereka yang mengajar di IIS tak dapat menghantar mereka.
“Ha… UPSR dapat berapa?” tanya aku.
“Cikgu-cikgu semua dah tahu, tapi tak boleh bagitau sekarang,
kena tunggu sampai hotel nanti. Kena tengok sendiri, baru surprise!”
sampuk cikgu Azma tersenyum.
Keputusan UPSR diumumkan hari tersebut, dan pihak sekolah memutuskan
supaya slip keputusan diambil di hotel kerana kebetulan semua ibubapa
harus menghantar anak masing-masing terus ke hotel untuk raptai,
dan pelajar-pelajar yang terlibat akan terus tinggal sehinggalah malam anugerah
nanti.
- 1.30 petang
Sampai di hotel
Alamak! Perkara yang aku jangkakan akan berlaku, berlaku jua.
Setelah meletakkan barang-barang dan pakaian persembahan di tempat disediakan,
aku harus mencari-cari anak murid aku, mengumpulkan mereka untuk
segera mem’blocking’ pentas, benda yang paling penting dalam mana-mana
persembahan pentas pun! Kalau kami lambat, maka kumpulan persembahan lain pun akan
terlewat kerana kami kumpulan persembahan pembukaan.
Dua orang sahaja yang aku jumpa di lobi dalam kesesakan pelajar-pelajar
berlari-lari kesana kemari, maklumlah sekolah rendah.
“Dapat berapa UPSR?” tanya aku kepada belangkas dua orang ni.
“4A 1B je cikgu…” jawab mereka, tersengih.
“Ok la tu… tolong cikgu cari budak-budak lain. Kita nak start tanda pentas
sekarang ok.”
Aku pula bergegas ke tingkat dua ke surau sementara.
Tiga orang anak murid aku menangis kat situ melayan perasaan masing-masing,
pasal keputusan UPSR lah, apa lagi.
“Jom training, cikgu tunggu kat bawah tau.”
Mereka mengangguk sahaja, mengesat air mata, kesian pula! hehe
Harap mood mereka tak terganggu untuk persembahan malam nanti, harap sangat!
Blocking pentas berjalan agak lancar, walaupun aku terpaksa
menjerit kiraan 8 dengan kuat sebab juruteknik hotel sibuk menguji lagu-lagu
persembahan malam itu. Kalau tak menjerit budak-budak ni tak dengar,
dengan bising budak-budak lain lagi yang menunggu di bawah pentas.. hai..
jenuh tapi best! hehe
Si Adel sampai ketika blocking hampir siap. Aku risau sangat takut-takut
dia takkan datang buat persembahan, sebab dia memang sukar dijangka.
Yang monyok sebab UPSR tadi masih lagi monyok sebelum latihan dimulakan dengan
lagu dimainkan.
Alahai, kesiannya. Kelihatan cikgu-cikgu menepuk-nepuk bahu mereka memujuk.
Alhamdulillah latihan untuk anak murid aku sempat siap awal.
Satu pusingan sudah cukup, lagipun kumpulan-kumpulan lain masih belum berlatih.
Aku menunggu di lobi bersama budak-budak ni yang turut menunggu untuk persembahan-
persembahan mereka yang lain selepas itu seperti teater dan koir.
Bising memang tak usah dikatalah, dengan bungkusan makanan-makanan segera
bertaburan disana-sini memenuhi lobi dewan ballroom.
- 3.30 petang
Lan sampai dengan seluar-seluar yang siap dibaiki selepas full-dress training
semalam.
Cuba punya cuba… hanya separuh yang benar-benar ok!
Yang lain koyak di bahagian-bahagian tertentu, malah sepasang tak muat langsung!
Penari aku yang paLing tinggi takde seluar yang muat untuknya!
Lan terpaksa finalize, decide punya decide, memang terpaksa bergegas pulang!
Bukan sahaja untuk membaiki seluar yang rosak, malah untuk menjahit sepasang
lagi seluar baru!
Aku cuba optimis, yakin segala-galanya akan ok!
Sementara itu meminta pertolongan beberapa anak murid menyeterika
seluar mana yang ada.
Raptai terakhir masih berlangsung, sehinggakan 2 orang anak murid aku
yang sedang menyeterika seluar terlepas queue untuk persembahan koir,
orang semua dah atas pentas memulakan lagu pertama, mereka berlari-lari
menuju ke pentas, untuk diherdik guru bertugas! Kesian! hahaha
“Cikgu, cikgu kena jawab!!! Teacher marah tadi, cikgu!”
rayu mereka sekembalinya daripada dimarah dan dihalau keluar dewan ballroom.
“Sorryyyy…” itu je yang aku boleh cakap, sambil gelakkan mereka.
- 6.00 petang
Pelajar-pelajar yang terlibat dengan persembahan telah mula makan malam
terlebih dahulu ketika ini.
Ada yang memilih untuk mandi, ada juga yang malas. Untuk si malas,
aku dah sediakan sebotol bedak baru dibeli untuk mereka tempek ke seluruh badan,
sebab aku tak mahu bila mereka berpeluh semasa menunggu persembahan bermula,
baju melayu mereka melekat di badan. Melekit dan menambahkan lagi tekanan.
Dalam 6.30 petang baru aku mula memakaikan sampin mereka seorang demi seorang.
Nasib baik semalam sempat ‘full-dress’ training, sekurang-kurangnya
aku boleh mengagak berapa lama masa (dan tenaga!!) yang diperlukan
untuk menyiapkan sampin empat belas orang pelajar aku! Ohh penat tak terkata,
memang berpeluh dibuatnya walaupun dalam ruang berhawa dingin.
Tujuh orang siap sepersalinan baju melayu teluk belanga merah berseluar
putih berjalur, bersampin dagang dalam dengan songkok masing-masing berkerongsang.
Lagi tujuh? Masih berseluar track-suit, dengan baju dan songkok masing-masing
siap dipakai.
Paling menambahkan tekanan setiap masa mereka bertanya, seorang selepas seorang,
“Cikgu, seluar saya dah siap ke cikgu?”
“Cikgu, bila seluar nak sampai, cikgu??”
Masa tinggal lebih kurang setengah jam sebelum majlis bermula!
Batang hidung Lan pun tak nampak lagi.
Cikgu Azma dah tak senang berdiri dah.
“Sempat ke? Sempat ke? Kalau tahu dek Kak Faezah ni (Guru Kanan H.E.M.),
mengamuk dia ni!”
Aku terpaksa juga menelefon Lan bertanyakan keberadaannya,
“Depan hotel ni, tengah jem!” katanya.
Nasib baik!
Lan sampai tak lama kemudian.
Alhamdulillah semua seluar muat, termasuklah sepasang yang baru dijahit
petang itu! Dah siap semua, cikgu-cikgu pun dah panggil untuk ambil posisi
sebab persembahan kami bermula sebaik sahaja gimik perasmian,
maka sedari awal harus ‘menyorok’ di belakang pentas sebelum majlis bermula.
Aku mengiringi mereka yang berkaki ayam dengan berkaki ayam juga masuk ke dewan
ballroom untuk standby di belakang pentas.
Mak ayah dan hadirin yang lain sudah mula mengambil tempat duduk di meja
masing-masing ketika ini. Kebetulan di sayap kiri dan kanan pentas ada bilik kecil,
jadi kesemunya di’sumbat’ kedalam bilik itu, 7 di kanan dan tujuh di kiri pentas.
Kami memang tak dapat berkomunikasi antara satu sama lain melainkan dengan
telefon sahaja.
Aku bergegas naik semula ke lobby ballroom dengan Lan untuk bersiap dengan
pakaian formal masing-masing.
Cikgu Azma menjaga kumpulan bahagian kiri pentas, manakala tiada siapa
menjaga budak-budak nakal di sebelah kanan!
- 8.00 malam
Majlis sudah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis
ketika aku dengan muka tebal naik ke pentas untuk standby bersama kumpulan
7 budak nakalku di sebelah kanan, manakala Lan menemani cikgu Azma di sebelah kiri.
Bayangkan ketika aku sampai, budak-budak ni bermain-main dalam bilik kecil tu,
masa ni mereka melipat-lipat sejadah yang datang entah dari mana,
meniru-niru aksi sejadah bersolat sambil ketawa sesama sendiri!
Aku apa lagi, menunjukkan lipatan aksi sejadah yang betul dan menyuruh mereka
beraksi terkejut di sekeliling sejadah untuk aku mengambil gambar! kahkahkah
Tapi memang tak boleh bayangkan betapa membaranya jiwa melihat mereka
membuat bising dan ketawa sesama sendiri, dalam masa yang sama aku tak boleh
menjerit memnita mereka senyap, sebab majlis sedang berlangsung!
Sampaikan technician dan guru bertugas di bawah pentas terpaksa naik dan
menegur kami dalam bilik tersebut!
Aku memang tak nak mood mereka jatuh, malah 2-3 budak yang menangis
semasa memeperoleh keputusan UPSR tadi kebetulan semuanya dalam kumpulan ini,
jadi aku biarkan sahaja mereka terkekek ketawa sambil sekali-sekala
aku menjeling dan menarik telinga mana yang perlu.
Nak dijadikan cerita, Lan menelefon aku mengatakan Amin yang sedang
standby di sebelah kiri pentas tak tahan nak buang air besar!
Pulak dah!! Katanya lagi budak-budak belah sana jenuh menenangkannya
untuk bersabar, namun ternyata sakit perut ketika itu adalah tulen
dan bukan semata-mata sindrom ’stage-fright’! Mujur masa masih banyak,
lalu Lan menemani si Amin bergegas keluar dewan untuk melepaskan hajat!
Kesian sangat! Hehehe
- Persembahan sebenar
Akhirnya letupan gimik perasmian dibunyikan, dan kanak-kanakku
terus mengambil tempat masing-masing sebelum lagu dimainkan.
Bermula sahaja lagu, bermakna bermula juga satu pengakhiran
kepada episod 2 bulan aku melatih kanak-kanak ini.
Dari satu pantun ke satu pantun, aku hanya melihat di skrin kamera digital
sambil aku rakamkan persembahan mereka dari sayap kanan pentas.
Segala-galanya macam terlalu sekejap untuk latihan selama dua bulan!
Hasilnya? Hmmm.. anda nilailah sendiri! hehehe
Bagi aku secara peribadi, ini bukanlah persembahan terbaik mereka.
Kerana bagi aku walaupun kesilapan-kesilapan sewaktu raptai terdahulu
kebanyakannya tidak berulang pada malam tersebut, namun boleh tahan banyak jugalah
tarian mereka lari tempo dalam segmen/pantun-pantun tertentu! Hahahaha
Kerana apa-apa hal pun keupayaan menari mengikut tempo adalah aspek paling
penting dalam mana-mana persembahan tarian sekalipun.
Tapi mungkin di mata penonton mereka tak perasan sangat, kira ok lah!
Syabas anak murid sekalian!!!
Habis sahaja persembahan, aku hanya sempat menahan mereka selama beberapa minit
untuk jurugambar-jurugambar mengambil gambar mereka di lobi ballroom.
Sejurus selepas itu, mereka semua bergegas menyalin pakaian untuk
persembahan-persembahan mereka seterusnya.
Waktu inilah baru aku boleh senang duduk untuk menikmati makan malam di meja
paling belakang sekali dalam dewan bersama-sama Lan dan cikgu-cikgu lain.
Apalagi, makanlah sepuas-puasnya! Nyam3…
- Majlis berakhir
Dalam jam 11 malam, majlis pun berakhir.
Ibubapa mula meninggalkan dewan, cuma dua-tiga sesi bergambar beramai-ramai
belum selesai.
Ibubapa murid-murid tahun enam ada yang setia menanti dari jauh
melihat anak-anak mereka bergambar buat kali terakhir sebagai pelajar sekolah
rendah bersama rakan-rakan dan guru masing-masing.
Ada juga yang sudah menunjukkan isyarat agar segera menyelesaikan segala urusan
sebab.. “Ayah bukannya cuti esok!!” maklumlah esok masih hari bekerja iaitu Jumaat.
Aku sempat juga meminta email dan contact no. anak murid
mana tahu ada projek-projek akan datang yang memerlukan khidmat mereka.
Ketika blog ini di’update’ sekurang-kurangnya dua persembahan
sudah di’reserve’ untuk mereka, satu; pada Februari ini di UIAM,
dua; pada bulan Julai untuk majlis perkahwinan salah seorang kakak kepada
anak muridku. Laris tak laris mereka?
Maklumbalas yang diterima amat menggalakkan,
sehinggakan VIP majlis sempat berpesan supaya kumpulan ini dikekalkan
untuk memantapkan lagi persembahan mereka akan datang,
namun Guru Kanan HEM terpaksa juga mengkhabarkan kepada VIP tersebut bahawa
semua ahli kumpulan akan meninggalkan sekolah menamatkan pengajian rendah mereka.
Sayang sekali!
Ada pula cikgu yang menguar-uarkan pihak sekolah dalam perancangan
menubuhkan kelab zapin sekolah secara rasmi mulai tahun depan!
Begitulah berakhirnya kisah kembara zapin aku sepanjang pengangguran.
Aku hanya ada tiga hari sahaja untuk kembali bersiap memulakan kerjaya
makan gajiku semula pada Isnin berikutnya.
Mungkin nasib aku adalah antonim kepada peribahasa “sudah jatuh di timpa tangga”,
iaitu, SUDAH NAIK, DIBERI TANGGA PULA!
Alhamdulillah!
Terima kasih paling istimewa semuanya, anda tahu siapa anda yang saya maksudkan!



8 Users Response In This Post
menarik!!!
bila nk dpt tgk video nih..
nanti dh tubuh kelab zapin… mesti lah ko yg jd jurulatih tetap kan? huhu
sopi: tq3!
nizam : tak jugak, just dpt “contract” je…
so may be i won’t personally attend them since their training wud be after
school during co-cu day, around 3-5 p.m.
wish i cud just resign and train zapin on full-time basis hahaha
(n i’ll then eat meggi everyday.. wekk)
hahaha alang. blog ko dah diserang spam.
CANER NAK BUATTTT???? SIOUT TOL!!!
yang menarik cerita ni bukanlah klimaks persembahan selama lebih kurang setengah jam tu, tapi kembara untuk sampai ke situ. baru sekarang aku terfikir kembali apa kata2 pengasas kereta HONDA, “orang sentiasa melihat kejayaan saya, tapi orang tak suka lihat cara saya capai kejayaan.”
panjangnya cerita anda ini…walaupun dah lama tak menulis, sekali anda menulis berpinar mata saya membacanya…teruskan menulis!!!
P/S: mesti si alang ni dah tak sempat nak buat episod2 macam yang lepas2…sebab tula dia pulun habis ceritanya dengan anak muridnya…ngehngehngeh
He.. tak susah upenye cari blog kau..
Leave A Reply Here