Kita selalu mengharapkan segalanya berlaku mengikut kehendak kita
Angan-angan, cita-cita, perancangan semua sedia sempurna, tengok-tengok lain yang jadi.
Dan kebayakkan masa juga kita menyandarkan “kegagalan” kita pada elemen-elemen luar, ada sahaja pihak lain yang boleh kita salahkan!
Memang pun, dalam kebanyakan hal, orang lain yang selalu menjadi penghalang kita. Kan?
Kita perlu undang-undang Islam, ada sahaja orang membalas kita tak perlu begitu, tak perlu begini.
Keperluan kita dan orang lain bercanggah.
Kita mahu pendidikan yang lebih baik, dengan cara tertentu, dengan penambah baikan pada elemen tertentu. Tetapi orang lain berpedapat kita hanya perlu membahasa Inggeriskan Matematik dan Sains untuk maju, cukup!
Kemahuan orang bertembung dengan kemahuan kita.
Ada orang faham Tuhan selayaknya dipanggil Allah tak kira agamanya itu mengatakan tuhan beranak, sedangkan bertahun-tahun dahulu “they don’t even bother about this”.
Kita faham Tuhan kita dan tuhan orang lain juga satu, namanya Allah, tapi ia tidak beranak apatah lagi diperanakkan!
Kefahaman kita dan kefahaman orang lain berselisih.
Kita rasa cara terbaik menangani sesuatu isu ialah cara ilmiah, namun kebanyakan orang merasakan cara terbaik ialah cara yang paling cepat, iaitu menunjukkan RASA di jalanan, rosak itu rosak ini, bakar itu bakar ini, jerit itu jerit ini.
Rasa-rasa manusia ini mana pernah sama, kan?
Apa yang kita cari?
Apa yang kita mahu lagi?
Sempurna takat mana lagi?
Sempurna pada pandangan kita pun tak semestinya sempurna pada pandangan orang lain.
Pusing-pusing dekat situ jugalah.
Sebagaimana manusia lain memaafkan aku dan menerima aku seadanya,
seharusnya aku memaafkan orang lain dan menerima mereka seadanya.
Maafkan,
guna akal berpandu wahyu,
jangan sekali membuat ikut rasa.
Rugi semua.
Harap akal dan wahyu memandu kita, bukan sebaliknya. Harap sangat-sangat!
p/s: wehh, aku baru nak start “hidup” balik, takde masa la nak layan konflik2 merepek ni weiihh tolonglahh..!



6 Users Response In This Post
adakah anda ingin mengatakan anda nak update blog tapi tuntutan kerja menghalang anda?
ni semua kerja yahudi ja ni. dalam satu teori freemasonry ini dinamakan sebagai ordo ab chao.
gm : bukan la.. just a cacamarba of my thought rite now… harapan menggunung supaya rakyat Malaysia bersabar dan jgn jadikan isu remeh menggugat keamanan…
kelisa : ye ke? tapi ntah lah… kalu masing2 hormat menghormati sensitiviti masing2 dan bukan mengutamakan kepentingan sendiri semata2… takkan berlaku benda ni..
salam Alang,
tahu Alang dah kerja baru, mungkin bz sangat dgn komitmen.
tulis la sepatah-2 kat blog ni. sori kalu bunyi mendesak.. lama sangat dah mnunggu.
- hrp delete yer komen nih-
oney, u miss me ka?? terharunyerr lalalala
i’ll try my best k!
(xnak lah delete comment hang tu.. ;p )
memang sengaja tulis note tu..
atleast taw Alang baca..
lalalalalalalala………………….
Leave A Reply Here