Pada hari Ahad yang lalu aku berjaya “menghadir” majlis gemilang ini yang membariskan usahawan-usahawan ternama sebagai panel jemputan; Dr. Irfan Khairi, Datuk Dr. Azman Ching, Abang Abu, Billy Lim dan Chef Li. Selama ini sekadar mendengar dan melihat-lihat berita/iklan mengenai mereka tetapi untuk hari tersebut seolah-olah ingin sahaja aku minta penganjur menambah satu hari lagi konvensyen itu, ahh terlalu padat, terlalu berinformasi, tak sia-sia wang dilaburkan!
Nak dijadikan cerita, hari-hari menuju konvensyen penuh cabaran, bermula dengan usaha mendapatkan tiket diskaun, dengan slip bayaran di mesin deposit pula hilang, sampai terpaksa dapatkan pengesahan bertulis daripada pegawai cawangan bank tersebut yang telah ada sejumlah wang dimasukkan pada sekian-sekian tarikh dan masa ke akaun syarikat Peoplelogy S/B, saat-saat akhir pula! Nak ditambah drama, keesokan harinya ketika aku menempah sendiri kad nama/ business card aku demi mempersiapkan diri untuk slot networking (firma aku lambat sangat tempah untuk aku!), telefon bimbit pula dicuri di kedai percetakan! Sedihlah sangat! Mujur ada telefon bimbit pejabat yang aku masih simpan nombor telefon staff Peoplelogy S/B berwajib untuk aku terus berhubung sampai hari konvensyen keesokan harinya. Ujian, ujian.
Nak cerita panjang pasal isi kandungan konvensyen memang sehari pun tak cukup! Jadi aku kongsikan serba sedikit di sini beberapa pesanan/ tips-tips daripada panel-panel terbabit.
Dr. Azman Ching;
- menjadi jutawan bukan peluang, tetapi pilihan!
- quoting Henry Kemp, “Miskin itu bukanlah bermakna tiada wang, tetapi miskin bermaksud tiada impian!”
- kita takkan “full swing” kalau kita terus-terusan makan gaji.
- quoting Saidina Ali, “Dosa yang paling besar ialah takut, bahaya yang paling besar ialah putus asa, guru yang paling besar ialah pengalaman, laba yang paling besar ialah anak-anak yang soleh dan hadiah yang paling besar ialah kesempatan.”
- jangan tumpukan hidup menjadi HERO seorang diri, tetapi berusahalah untuk mencipta/ melahirkan lebih ramai HERO!
Dr. Irfan Khairi;
- gambarkan kejayaan anda dengan menggunakan ‘visualization technique”, iaitu dengan cara, 1. gambarkan dengan jelas, 2. gambarkan dengan kerap dan ke 3. gambarkannya dengan lama!
- cara paling murah, cepat dan mudah untuk menambah idea ialah dengan MEMBACA! Jangan berhenti membaca!
Abang Abu;
- daripada menjawab I’m Fine bila ditanya How are you, jawablah GREAT! G.R.E.A.T stands for Get Really Exited About Today!
- Be, do and get FUN, and the D will come after N (FUN+D=FUND!). Always get exited about what we do!
Billy Lim;
- Kebanyakan usahawan ternama dunia telah gagal sekurang-kurangnya 3.8 kali dalam perniagaan mereka sebelum mereka berjaya. Jadi, jangan mudah putus asa walaupun baru sekali mencuba! Dan kalau cubaan ke 5 masih gagal, mungkin perniagaan itu tak sesuia untuk kita, dan bolehla memikirkan usaha bertukar perniagaan lain.
- failure is not an opposite to success but a complementary to success!
- orang yang berjaya lebih banyak kali berdepan dengan kegagalan berbanding orang yang tidak berjaya itu sendiri!
Chef Li;
- It’s better to have ONE GOOD MENU with 100 outlets rather than 100 menus but still sticking at one outlet!
- 3 perkara penting untuk menjadi usahawan makanan berjaya di Malaysia; 1. Lihat orang dengan pandangan mata usahawan, makin banyak orang di sesuatu tempat, makin banyak juala akan kita capai; 2. Orang Malaysia takkan tawar barang berharga seringgit, dan 3. Asalkan kita tahu ceritakan mengenai apa yang kita jual, orang pasti beli!
- persaingan antara produk biasanya antara dua syarikat/jenama sahaja, takkan ada yang ketiga. Sebagai contoh Coca-cola dan Pepsi. Tiada syarikat cola ketiga yang menghampiri persaingan mereka. Pengajarannya, jangan jual produk yang sama sedia ada di pasaran! Be different, be unique!
Panel jemputan misteri menampilkan anak Abang Abu, Muhammad Ahshik yang berkongsi pengalaman mendapatkan pendapatan 5 angka pertama ketika berusia 16 tahun dengan hanya menjual poskad!
Sehari suntuk di konvensyen tersebut sungguh menggembirakan, sebab aku dikelilingi oleh ratusan usahawan-usahawan baru dan lama, masing-masing mempunyai hasrat yang sama iaitu maju dalam perniagaan masing-masing. Aura positif mereka turut mempositifkan aku. Aka rasa aku perlu lebih banyak berdamping dengan kumpulan aura-aura sebegini lebih kerap lagi!
Sessi networking menemukan aku dengan usahawan-usahawan pelbagai latar belakang, masing-masing bertukar-tukar kad nama. Aku? Hahaha orang lain promosi perniagaan, aku pulak promosi firma bos aku. Kelakar mengenangkan skrip sendiri sewaktu menyuakan kad nama kepada usahawan-usahawan lain, very the advertising! ;p
Selamat berusaha semuanya! Semoga tahun 2010 terukir lebih banyak lagi kejayaan-kejayaan kita!



2 Users Response In This Post
amboi, bersemangat betui hang nooo.. bagus2, jadilah org yang optimis daripada mendjadi seorang yg pesimis…
Optimis, sentiasa nampak dan akan cuba mengejar peluang-peluang yang ada di hadapan dan bersedia menghadapi segala dugaan dan rintangan.
Pesimis, takut untuk mengejar peluang yang ada kerana hanya nampak nakan cabaran dan kesusahan untuk mencapai peluang yang ada…
semoga berjaya
aku nak jadi macam diorang, tapi sekarang aku rasa sangat selesa dengan kerjaya aku. lagipun aku rasa rezeki ialah ketentuan Allah.
perkara pertama aku perlu buat ialah keluar dari comfort zone aku. dan aku mesti bercita-cita untuk jadi macam diorang.
Leave A Reply Here