Pulang ke KL selasa lalu. Untuk mendapati:
1. Aku dan seorang lagi hosmet yang tak sambung cuti, lagi 4 masih di kampung;
2. TV rosak!
Menambah rasa macam rumah sewa ini aku yang punya, apabila hosmet yang seorang lagi pun balik kampung hujung minggu tadi. Ya Allah, bosan gilaaaaa! Tak pernah aku rasa naik muak hanya melihat facebook atau baca blog. Ye la, seminggu ni balik keje je bukak pc je la, pasang mp3 kuat, goyang2kan badan mana yang perlu… owhhh derita!
Pulang sahaja dari joging pagi tadi, (ermm pengumuman aku dah “berjaya” kembali ke berat sebelum raya ari tu… bygkan lama gila (atau perkataan lebih tepat: menangguh) membuang “dosa-dosa” raya itu! Almost 5 months! 5 gone, 15 to go!!! Aja2!!) terus sahaja bersiap2,
meninggalkan rumah jam 9 lebih kurang,
sampai di klcc dalam 10,
dan terus ke kaunter tanpa perlu berbaris,
untuk tayangan paling awal “PERCY JACKSON” dannnnn
tayangan petang “VALENTINEs” geram!!!
seingat aku tak pernah lagi la buat koje tgk lebih satu muvie dalam satu hari.
Paling banyak pun tgk 3 dvd berturut selama berhari-hari masa sem pendek terakhir aku kat uia, amik satu subjek je, dan balik bilik je dah siap berdvd2 baratur utk ditonton.. n of coz la dvd pinjam. hehe
So my review; Percy Jackson hero baru genre half man-half dewa (aku tak nak guna Tuhan untuk interprate God dlm konteks ini), menarik sebab pengetahuan aku yang agak cetek pasal dewa2 greek/ yunani whatever, klise sebab sama je misi dan visi macam newly-discovered-superhero yang lain, dan ceritanya agak kebudak-budakan, of coz la sebab watak utama ialah budak-budak. Dan paling tak logik mcm mudahnya Percy tu accept the fact that he is son of Dewa…? Overall ok je! Bleh la layan imaginasi melampaui kehambaan kita. Haha
Valentine plak menghimpunkan ramaaaaiiii gila selebriti terkenal! Daripada A list seperti Julia Roberts (always love her big smile and big laugh) sampai la Taylor Swift. Taylor berjaya buat kelakar seram, tp ermm nampak jugak mcm dibuat-buat, tp cute takpe hahaha! Jalan cerita pun lebih kurang sama dengan filem romantik lain yang berkait-kait, cerita-cerita dalam cerita. (ohh faham ke?) Tapi banyak la elemen surprise… paling surprise sean johnson punya couple! hahaha Overall best!
Dan aku masih belum menyiapkan assignment e-kadkawin utk syed zul punya kenduri sabtu ni…. dan aku dah mengantuk… sorry chezul!



Leave A Reply Here