Dulu aku pernah terfikir macam mana nak handle failure,
masa kamus aku mengenai kejayaan dan kegagalan begitu sempit.
Hanya terhad pada keputusan peperiksaan semata-mata.

Kebetulan peperiksaan awam aku di peringkat sekolah agak cemerlang,
bukan nak berlagak tapi I know I worked hard for it, of coz dengan izin Allah dan doa mak ayah.

Dalam tempoh inilah juga aku terfikir camne la aku nak handle kegagalan satu hari nanti?
Sebab aku tak pernah lagi tak cemerlang dalam exam, maksud aku tak pernah tak puas hati dengan keputusan setelah aku cuba.

Dan dengan tafsiran sempit kejayaan dan kegagalan inilah aku mengatur langkah ke menara gading.

Hmm ambik kau, lepas satu, satu kegagalan aku hadapi… memang tak tertanggung!
Tak tau nak buat apa! Paling aku tak pernah terbayangkan, aku lari dari exam final paper
waktu tahun pertama sebab aku tak mahu masuk exam dan gagal sebab aku tak score pun carry mark
subjek tuh… Itulah babak pertama LARI DARI MASALAH aku.

Aku nekad (yang negative) untuk tak nak cuba menggagalkan diri sendiri!

Diikuti dengan kesilapan demi kesilapan lain, aku makin takut dengan sekian banyak ketidak sempurnaan dikaitkan dengan aku.
Aku lari dan lari lagi.

Kadang-kadang aku rasa aku dah cukup bagus dengan meminta maaf daripada orang lain demi memperbaiki kesilapan itu, gila kau, mintak maaf berdepan tu! Ego jatuh tahap bawah tapak kaki tau! Pijak ego sendiri sampai air mata terkeluar… adoii

Akhirnya aku yang terperangkap dengan “kesempurnaan” ciptaan aku. Aku tak boleh maafkan diri sendiri. Aku mencipta-cipta “hukuman” untuk diri. Aku tak tau untuk apa, tapi yes, asalkan ia memuaskan hati aku, walaupun sedikit… aku buat je!

Setelah masuk alam kerjaya, aku semakin faham, semakin aku kejar kesempurnaan, semakin banyaklah aku lebih memberi perhatian kepada cacat cela, dan aku tak hargai apa yang aku dapat seadanya.

Akhirnya, yes, aku sendiri penat kejar kesempurnaan. Penat sangat.

Kesempurnaan bukan keputusan aku. Itu hak mutlak DIA.
Yang penting, usaha sebaik mungkin! Itulah pilihan yang aku ada.
Sempurna atau tidak, aku tahu aku tetap akan puas, bila aku tahu aku dah bagi yang terbaik!
Aku dah cuba sedaya upaya.

Tapi, ya… kadang-kadang aku terlupa juga hakikat ini, terlupa kesempurnaan itu tiada.

Maafkan aku, aku persoalkan ketidaksempurnaan orang lain, sedangkan parut luka kegagalan aku yang dulu masih dalam. Owhh, tak malunya aku!

Minta maaf daripada orang lain, dan jangan lupa maafkan diri juga.